MODAL RM20 SAHAJA UNTUK JANA LEBIH $$$$$$$

Sunday, September 18, 2011

Burung Budgie

Disini aku nak kongsikan 1 spesis burung kegemaran aku.. ( bukan burung tu hau.. ) Burung-2 ni aku dah penah bela hau masa kecik-2.. hahaha... Tapi skang ni dah x boleh bela dah coz masa terhad.. nak balik kampung lagi, nak mengusya orang lagi, nak travel lagi... huhuhu..
Jom baca serba sedikit info tentang burung-2 ni...


BURUNG BUDGIE

Burung Budgie juga dipanggil Budgerigar atau Parakeet adalah dari spesis burung Nuri dan jenis burung lain yang termasuk dalam keluarga Nuri adalah Lovebird, Cockatiel, Macaw dan lain-lain. Spesis burung Budgie ini boleh hidup antara 8-14 tahun dan ada yang boleh hidup sehingga 20 tahun. Burung ini sememangnya cantik, mempunyai pelbagai warna... putih, biru, kuning, hijau dan gabungan pelbagai warna. Saiznya sebesar burung merbah dan suaranya bakal menyerikan lagi kedamaian dan amat sesuai dipelihara dirumah-rumah.

aku suka cadangkan kat orang, lau orang-2 tu byk masalah, selalu tension kann.. bela lah hewan.. kerana hewan ni banyak membantu andaikata anda tengah stress ke, ase nak bunuh diri ke.. kann.. anda pasti terhibur dengan telatah hewan-2 ni.. umah aku ada kucing je skang ni.. nak tengok..?? tungguu...

Kucing


Tahukah kamu, kucing (Felis silvestrid-catus), terutama kucing rumah adalah salah satu haiwan predator paling hebat di dunia...??!! Kucing ini mampu membunuh dan atau memakan beberapa ribu species, mengalahkan kucing besar seperti singa, harimau, dan sejenisnya yang hanya mampu memakan mangsa kurang dari 100 species. Namun kerana ukurannya yang kecil, maka tidak berbahaya bagi manusia. Namun tetap sangat berbahaya apabila kucing ini terinfeksi rabies.

Kucing biasanya memiliki berat badan antara 2,5 hingga 7 kg dan jarang melebihi 10 kg, kecuali diberi makan berlebih, rekod pernah mencatat kucing yang mencapai berat badan 23 kg. Jangka hayat kucing pula ialah kucing dapat hidup selama 15 hingga 20 tahun, dimana kucing tertua pernah diketahui berusia 36 tahun! Kucing liar yang hidup dalam situasi manusia modem kini hanya mampu hidup selama 2 tahun atau bahkan kurang dari itu.



Kucing Telah berasosiasi dengan kehidupan manusia sekurangnya sejak 3500 tahun yang lalu. Ketika itu orang Mesir kuno telah menggunakan kucing untuk mengusir hama tikus dan haiwan perosak lainnya dari hasil tanaman mereka. Namun, percaya atau tidak, di dunia ini hanya terdapat 1% populasi kucing di dunia yang termasuk galur murni atau kucing ras. Sisanya adalah kucing hasil pencampuran dari berbagai ras atau biasa yang kita sebut sebagai kucing kampung. Kerana itu, kucing ras termasuk kucing yang paling sering dicari dan mahal harganya.









Kucing termasuk haiwan yang sangat pembersih. Mereka sering merawat diri dengan menjilat bulu-2 mereka. Saliva atau air liur mereka adalah agen pembersih yang kuat, tetapi dapat menimbulkan alergik pada manusia.
Kadangkala kucing memuntahkan sesuatu seperti hairball atau gulungan rambut yang terkumpul di dalam perutnya. Sementara itu kucing dapat mengumpul tenaga dengan cara tidur lebih kerap berbanding haiwan lain. Tempoh tidur kucing bervariasi antara 12 – 16 jam dalam sehari, dengan jumlah purata 13 – 14 jam. Tapi tidak jarang dijumpai kucing yang tidur selama 20 jam dalam satu hari.




Lagi Info Mengenai Kucing Dalam Entry Akan Datang...